PMR, PMR, PMR -.-

Tarik nafas jap. Hembus. Okay dah. Trial nak dekat dah. Aku pulak belum ready lagi. Cikgu Asmarieda dah target aku. Dia suruh aku tengok balik bahagian mana yang aku lemah. Aku bukan apa. Geo dengan sej nih kena baca. Aku cepat bosan sikit kalau bab-bab nih -.- Itu yang c je memanjang. Lepas tuh, boleh dikirakan semua cikgu kecuali cikgu math dengan cikgu bi aku semua pelik dengan aku. Masa ujian bulanan 1 elok-elok dapat a tiba-tiba dapat b. Then, sebelum amik slip periksa tuh aku dah cakap dekat ayah aku yang aku minta maaf sebab aku dapat 2a dan 1c. Aku pikir dia nak membebel tapi dia geleng kepala jeh. HAHA. Susah dapat anak macam nih. Asyik nak berfacebook je kerja aku.

Ye, aku tak boleh nak on dah sekarang. Semuanya sebab result aku menurun -.- Aku on nih pun sebab bagi alasan nak buat kerja. Tapi aku tak tipu eh? Jangan pikir bukan-bukan. Folio geo nih dari dulu tak siap lagi. Bila nak siap pun aku tak tahu. Trial bulan 8 laaaa. Tak bestnyaaaaaaa -.- Semua macam kelam kabut doe sekarang nih. Maybe sebab banyak sangat aktiviti yang sekolah dah buat sampai belajar pun tak boleh. Kalau tak nak amik bahagian kena marah macam kem muzik tuh. Wajib lah apalah. Lepas tuh result turun salahkan budak. Hish. Dah lah aku tak tahu nak membebel apa lagi.

Untuk manusia yang rapat dengan aku :

Fahmi : Maaf sebab selalu marah fahmi.
Izzlin, Faizah dan budak kelas aku : Sorry, kalau perangai aku annoying atau seumpamanya selama nih. Aku pun tak tahu apa nak jadi dengan aku nih. Aku akan cuba untuk layan korang sebaiknya.
Kak Sheril : Mira rindukan akak tapi mira dah janji dengan ablg sesuatu. Mira minta maaf :(

Dan untuk budak PMR tahun nih goodluck untuk trial. Do the best! :D

Khas untuk Faizah dan Izzlin.

Salam , dah lama kan aku tak post . Hari ini aku tiba-tiba rajin pula untuk mengupdate blog setelah sekian lamanya aku menghiraukan . Yela , masalah aku dari dulu sampai sekarang tak habis-habis lagi -.- Enough , aku tengah happy sekarang nih . So , kita tak perlu lagi nak fikir pasal masalah . Yang dah lepas tuh lepas , tak perlu nak fikir kan lagi . Buat semak je dalam kepala otak nih . Bak kata kakak aku , don't ever look back again . Orite , mari kita mulakan dengan Al-Fatihah . HAHA (okay , tak lawak pun -.-)

Cukuplah kan intro tuh jeh :D Tadi pagi sekolah aku ada buat Sambutan Hari Guru . Ada part yang best dan ada part yang membuatkan aku rasa nak tidur . Aku terfikir nak letak gambar yang Izzlin ambil , tapi gambar semua ada dekat kamera dia lagi . Then , petang tuh pula aku , Faizah dan Izzlin pergi alam . Lama dah tak keluar :) Rancang nak tengok wayang tapi tak sempat . So , kitaorang pun pergilah makan sebab Izzlin lapar .

Lepas itu, kitaorang pun pergi karaoke . Memang bising lah kan . Dah lama kot aku tak jejak kaki ke tempat tuh . Kali terakhir aku pergi rasanya tahun lepas . Hee . Lama gila kan ? Lepas dah karaoke , kitaorang pergi Al-Ikhsan usya kasut sukan :D Then , baru pergi sembahyang . Enjoy , enjoy jugak . Ibadat tak lupa . HAHA . Sumpah kerek gila :D Lepas itu , pergi MPH . Beli buku latihan BM Izzlin .

Dalam pukul 6.20 macam tuh pergi McD kejap beli ais krim . Aku yang ajak diaorang beli aiskrim padahal masa tuh tekak aku tengah sakit . HAHA . Aku tak nak bagitau sebab nanti aku tahu Izzlin tak akan bagi aku beli :D Aku pun senyap jeh . Makan punya makan , akhirnya tekak aku sakit gila . Tak habis aku makan ais krim tuh . Selalunya habis . Mati aku kalau Izzlin baca nih :D Lepas itu kalau aku ada depan dia , dia mesti suruh aku tengok muka dia . HAHAHA :D Maaf Izzlin syg :p

Aku letak tajuk tuh sebab diaorang dah buat aku lupakan segala masalah aku . Dan aku betul-betul gembira . Baru sekarang aku dapat menikmati keseronokan bila dengan kawan . Thanks kauorang :D Tu jeh la aku nak cerita . Nanti kalau Izzlin dah masukkan gambar dalam fb , aku letak dekat blog , okay ? ;) K lah . Bubye :D

Sesat selama 2 jam.

Semalam aku , kakak aku dan kak sheril keluar . Kitaorang ikut kakak aku sebab dia nak beli baju . Lepas dah ambil kak sheril dekat office dia , kitaorang pun gerak KL . Memang jam dia tak boleh nak kata apa lah kan . Aku dengan tak laratnya sebab baru balik dari sekolah terus gerak pun tidur la dalam kereta . Sekali kakak aku tekan brek mengejut memang aku tak jadi nak tidur lah jawabnya kan . Haih . Masa perjalanan nak pergi KL tuh sesat kejap lepas tuh dah jumpa jalan . Tak sampai berapa minit dah sampai dekat BB . Aku cakap lah dekat kakak aku yang aku lapar . Then , kak sheril keluarkan duit kejap lepas itu makan dekat Subway . Aku macam biasa kalau lapar sangat memang makan banyak . Kak sheril dengan kakak aku bahan je aku . Terpaksa sabar .

Lepas dah makan kitaorang pun jalan-jalan lah . Sekali jumpa kedai yang jual baju RM10 . Masa pilih baju untuk kakak aku tuh , tak tahu lah kakak aku kesian ke apa dia pun belanja aku satu baju . HAHAHA . Sebab masa tuh kak sheril beli sekali , aku pulak duit bawak sikit memang habis lah kan . Then kedai yang bertentangan pun jual baju RM6 , RM8 , RM9 . HAHA . Kakak aku kan masyuk masa tuh . Dia pun apa lagi tak akan nak tengok jeh , mestilah pulun habis-habisan . Dekat kedai tuh pun dia belanja aku dengan kak sheril . HAHAHA . Baik gila kakak aku semalam . Masuk-masuk je kedai tuh nampak jaket yang comel . Kitaorang pun berpakat untuk membelinya . Jaket tuh mahal , so kena lah share-share duit . Kalau tak , memang tak akan belilah jawabnya . Hee . Masa tengah bayar datang pulak Mak Nyah ni . Kakak aku cakap nasib baik nak keluar daripada kedai tuh . Serius , aku tak tahan dengan orang macam ni oh . Menyampah aku -.-

Dah bershopping sakan , kitaorang pun balik . Daripada KL , pergi Putrajaya lepas tuh patah balik ke Shah Alam . Masa nak gerak Shah Alam tuh , aku cakap 'lepas ni dah tak ada eh pusing kanan , pusing kiri dah sebab adik dah pening dengarnya' . Kakak aku jawab apa tah . Aku tak dengar . Masa aku tak nak lah benda tuh yang terjadi == Pergi Shah Alam pun sebab nak pergi rumah mak cik aku semata-mata nak jumpa nenek aku . Then , tak tahu macam mana boleh tersalah jalan pula . Memang aku menyiraplah kan tunggu sampai 2 jam . U-turn sana , U-turn sini . Haih . Kak Sheril pun dah layu jeh masa tuh . HAHA . Bertolak pukul 7 sampainya pukul 9 lebih . Sumpah macam apa jeh . Then balik pukul 9.50 macam tuh . Lepas dah hantar kak sheril balik , aku dengan kakak aku ambil adik aku . Sampai rumah pun pukul 11 lebih . Aku dengan tak laratnya terus tidur . Memang penat habis lah . Kakak aku lagilah penat , dah dia yang bawak kereta . Kesian dia . Itu je lah cerita dia . THE END :)

Annoying Day Ever !

Okay , aku dapat title nih daripada mulut Maheran . Aku tak tahu asal hari ini memang semua orang moody semacam jeh . Pagi-pagi lagi budak kelas aku gaduh sebabkan perkara-perkara yang aku tak nak cakap dekat sini . Benda tuh pun ada melibatkan nama aku tapi aku cuba untuk tidak marah dan buat muka kononnya happy lah kan . Hari ini memang banyak gila benda yang tak diingini berlaku dan ada perempuan kelas aku menangis dan ada juga yang tak membantu langsung seperti menyakitkan lagi hati orang tengah tension tuh . Aku tak boleh oh tengok orang menangis sebab nanti aku rasa macam bersalah pula . Pelik kan ? Tapi lantak je lah . Masa diaorang semua sembahyang , aku duduk dekat bilik muzik sebab malas nak pergi tazkirah . Masa tuh , ada pula nikon milik hazwani . Aku dengan izzlin pun apa lagi , jadi batak lah sekejap kan :D

Petang tuh pula lepas dah habis makan apa semua , aku , izzlin , faizah , hazwani dan syamimi pergi tengok bola . Memang hebat lah kan budak sekolah aku :D Aku sebenarnya tak minat nak tengok bola . HAHA . Tapi aku pergi juga tengok semata-mata nak sokong seorang budak ni . Tahu-tahu je lah siapa kan . Baru jeh tengok dua kali dan aku dah rasa minat pula tengok orang main bola . Sebelum ni aku rasa bosan jeh benda tuh . Heh . Then , bala pun datang . Tak sempat nak tengok sampai habis . Haishh , kacau line betul . Aku dengan izzlin semua gerak ke kelas nak bergotong-royong tapi aku sikit pun tak tolong . HAHA . Kejam kan ? Aku tahu . Aku malas lah nak bersihkan kelas . Bertugas sapu sampah tu pun kadang-kadang jeh aku buat . Tapi aku ada lah juga tolong diaorang buat huruf apa tah untuk buat ayat . Dah 5.20 tuh aku balik .

Faizah pun ikut aku balik sekali sebab nak buat kerja kayu . Aku punya kerja kayu memang hancus lah kan . Dah malam sikit tuh , aku call dia ingatkan boleh bagi aku happy tapi hmm . Lagi teruk jadinya . Then , family aku pula buat hal . Aku memang suka ada semua masalah serentak nih . Masalah memang suka cari aku doe . Haih . Kesimpulan dia , sabar je lah dengan semua nih . Aku akan cuba senyum dan ketawa setakat yang aku mampu . Okay lah , tak tahu nak cakap apa dah . Goodluck untuk semua yang main bola :) Terutamanya dia <3 . Hee . Gatal tiba-tiba -.-

Lalala.

Aku tak tahu asal hari ini aku rasa panas semacam . Kipas aku dah putarkan jadi 5 tapi hasilnya macam bukak 3 -.- Dah lah dekat sekolah pun panas , dekat rumah pun nak panas kah ? Err . Ingatkan tadi nak gerak Klang sebab ada hal something dengan orang yang berkenaan tetapi malangnya Allah tak mengizinkan kitaorang berjumpa . So , benda tuh ditundakan ke hari esok . Esok pula aku fikir nak keluar dengan kak Sheril tapi nasib tak menyebelahi kitaorang == Selalu kot jadi macam nih . Bila dah plan jeh , mesti ada sesuatu yang menyibuk . Haih . Sabar sajalah aku . Sori akak ? :(

Aku rasa minggu nih aku tak ada rest langsung . Sebabnya , Isnin sampai Jumaat sekolah macam biasa . Sabtu ada perfect score , petang tuh pula nak gerak Klang . Hari Ahad pula aku , Faizah , Izzlin dan Ainaa nak pergi library mana entah untuk buat study group belajar subjek sejarah . Ketatkan jadual aku ? == Tadi adik aku yang Hazim tuh tanya aku form 4 ke ? HAHA . Bodoh , kakak sendiri pun tak tahu form berapa . Then , aku cakap lah Form 3 . Lepas tuh , dia senyap kejap then dia cakap patut lah tak makin tinggi . Wooooo :0 Makin panas jeh aku dengar -.- Siot betul budak tuh .

Masa dah balik sekolah tadi aku tanya kakak aku , dia pergi mana sebab dia pakai baju jalan . Aku pelik lah . Lepas tuh dia cakap dia pergi shah alam dengan kawan dia . Siap tunjuk jam mickey mouse dia yang baru tuh lagi -.- Sumpah aku jeles gilaaaaaaa . Aku nak ada lesen jugak :( Aku pun nak keluar jauh-jauh . Aku nak gerak KL pun tak lepas sekarang nih . Malang betul nasib aku . Aku nak habis sekolah cepat-cepat . Tak apa lah , tinggal lagi dua tahun jeh . Dah habis sekolah nanti , confirm aku akan post pasal aku rindu sekolah . Baik aku menikmati dulu keadaan aku sekarang nih . Bak kata izzlin 'senyum , nanti masalah akan hilang' Lebih kurang macam tuh lah dia cakap . Hee .

Masa dekat bengkel kayu , macam-macam hal jadi . Budak K.T , P.K dan E.R.T masuk dalam satu bengkel sebab semuanya nak buat projek kayu . Tapi tak semualah yang masuk ada yang pergi ke bengkel paip . Kira macam tiga-tiga bengkel tuh kitaorang kongkong . Aku dah tension dah sebab semuanya bising . Then , budak K.T gaduh dengan budak E.R.T lah . HAHAHA . Sumpah , aku rasa lawak . Memanglah aku nih budak K.T , tapi aku tak masuk campur eh kalau bab-bab gaduh nih :D Aku buat kerja sendiri jeh . Tak peduli pun apa yang berlaku . Heh . Lepas tuh , bila aku nak pergi potong kayu jeh , perut aku pula buat hal -.- Memang superb la kan , kena gestrik tak kena tempat . Akhirnya , tak jadi pun potong . Aku nak potong minggu depan . Rasa seram lah pula nak guna mesin tuh ==

Malam nih kakak aku nak belanja makan . Hurrayyyyyy , kakak aku baik gilaaa :D Mungkin aku akan ada mood malam nanti :p Okay lah , bahu aku dah sakit gila . Sampai ke tangan rasa . Ye , badan aku nih memang tak boleh nak sihat selalu . Menyusahkan jeh . Haih . Bubye , Assalamualaikum .

Berhenti berharap .

Okay , tajuk nak gempak jeh -.- Menggelabah aku nih tak payah cakap lah kan . Hari ini aku tak pergi tuisyen :D Bapak best . Haha . Tadi pertama kali nama aku dipanggil . Kauorang ada ke ? Tak ada kan kan kan ? ( Sumpah gedik == , anak siapa lah nih ) Aku ingatkan tak ada siapa nak ambil aku , rupa-rupanya ayah aku dah sampai pejabat dah . Heh . Aku balik sebab satu badan aku menggigil , leher aku sakit , kepala aku pening . Kenapa ? Jangan tanya sebab apa aku jadi macam tuh , aku tak akan jawab . Orang yang dah tahu tuh , senyap-senyap je lah eh :D Dah lah aku tengah puasa masa tuh , datang-datang jeh ayah aku terus tanya dah makan belum . Lepas tuh , aku cakap lah aku puasa . Last sekali , ayah aku suruh berbuka jeh . Aku pun bertambah happy la kan . HAHAHA . Walaupun aku tahu aku kena ganti balik nanti . Hee .

Berbalik pada tajuk , kebelakangan nih aku asyik dengar yang orang nih dah berubah , orang tu dah berubah . Diaorang nih semua rapat jugak lah dengan aku . Sumpah sedih weh . Tambah-tambah lagi orang yang aku kenal tuh macam nak permainkan aku . Lepas dah minta kapel dengan aku , tak lama lepas tuh dia minta kapel dengan orang lain . Dalam hati aku macam wtf . Hahaha . Dalam hati jeh , mulut tak :p Memang tak sangka gila perangai dia macam tuh . Memang aku terkejut lah kan . Sebabkan benda tuh , sekarang nih aku dengan dia dah tak tegur langsung .

Pada masa yang sama aku tahu pasal orang atas , ada orang lain yang bagitahu aku pasal bestie aku sendiri . Yang nih aku tak nak cerita lah . Nanti tak pasal-pasal aku yang kena . Kesimpulannya , biarlah rahsia ye ;) Dekat budak kelas aku pun ada yang berubah tapi kauorang tak perlulah tahu nama dia dan nama budak-budak di atas nih :) Aku tahu aku pun dah berubah . Dan aku sedar sebab setiap kali mesej dengan seseorang tuh , aku asyik kena marah jeh . Salah aku jugak . Perangai dah lain gila . Aku tak tahu lah nak kata apa pasal dia . Nak kata dia berubah tak , nak kata dia tak berubah pun tak . Aku pun pening .

Dulu aku dengan dia rapat gila . Tapi sekarang , semuanya dah hancur :( Aku rindu zaman kitaorang dulu . Kalau boleh aku nak semuanya macam dulu . Tapi aku tahu , benda tuh tak akan pernah terjadi lagi . Sebab tuh la aku letak tajuk berhenti berharap . Dah lah , aku malas nak bersedih-sedih lagi . Aku ingat dia macam apa jeh , dia entah ingat aku ke tidak tuh . Okay lah , aku nak bla dulu . Bye , assalamualaikum .

Dapat pun .

Haha . Bak kata Hafsah , aku nih gila sebab tak pasal-pasal jeh aku gelak terutamanya masa Kemahiran Hidup . Dah aku suka gelak nak buat macam mana kan :D Tengoklah awal-awal post lagi dah gelak dah . Itu menandakan bahawa aku tengah dalam mood yang happy . Hari ini aku tak menangis ke apa masa kelas tambahan sebab ada Faizah yang sentiasa buat aku tergelak sampai aku nak berguling-guling dalam bilik multimedia tuh (okay , yang nih sumpah menipu ==) Hari nih semuanya okay , tak ada pun yang membuatkan aku rasa nak maki ke , nak campak orang ke apa .

Kelas tambahan tadi , aku belajar subjek Mathematic dan Bahasa Melayu . Math aku agak kepeningan sebab setiap kali aku buat jawapan dia mesti salah -.- Yang Bahasa Melayu pulak best jugaklah sebab sebelum start belajar , cikgu Salida mesti tunjuk video pasal kitaorang . Memang siapa yang ada dalam video tuh kena bahan lah kan . Heh . Nasib baik muka aku tak ada harini . Sebenarnyakan apa yang aku membebel nih semua tak ada kena mengena dengan tajuk tuh . So , daripada aku mengarut lagi baik aku terus cerita pasal tajuk di atas .

Dapat pun ? Apa yang dapatnya ? Haa , nih la yang aku nak cerita nih . Masa habis kelas tambahan tadi , Fahmi jumpa aku . Alang-alang tuh , aku minta dia belanja coklat sebab aku teringin gila nak makan coklat . Pujuk punya pujuk , last sekali dapat jugak . Dia nak belikan esok tapi aku tak nak . Aku cakap aku nak hari ini jugak . Lepas tuh , dia fikir-fikir dulu baru dia setuju . Haha . Jahatkan aku ? Nampak macam aku nih suka menghabiskan duit orang tak ? :p Aku tak berniat pun nak habiskan duit dia cuma sekarang nih aku tengah pokai . Ayah aku pulak tak nak ganti duit aku lagi . Haih .

Tapi jangan risau lah . Dia belanja aku coklat , bila-bila nanti kalau kitaorang keluar aku belanjalah dia wayang ke , belanja makan ke atau apa sajalah yang dia nak :D Bak kata Kak Sheril , 'buat baik dibalas baik' . Hee . Sekarang nih , tak nampak aku nak habiskan duit dia dah kan ? :p Itu jeh cerita dia sebenarnya . Haha (tak lawak pun ==) Okay lah , aku nak pergi main game pulak . Bosan . Bubye , assalamualaikum :)
Sorry ? Aku tak tahu nak bagi title apa untuk post nih :D Aku bosanlah . Kauorang bosan tak ? Heh . Aku dari banyak idea nak cerita jadi tak ada idea balik . Semuanya disebabkan lagu nih -.- Aku lah bengong kan ? Pergi pasang siapa suruh . Kan dah lupa semua benda . Haih . Kalau aku mengarut ke apa ke , kauorang tak kisah kan ? :) Nak cerita apa weh ? Sumpah tak ada idea . Arghhh , bantai sajalah .

Lalala , aku demam balik . Hee . Aku rasa dah hampir seminggu aku demam tapi hati aku tetap tabah untuk pergi ke sekolah . Semangatlah katakan . Sekarang nih pun kepala aku tengah terhuyung-hayang . Rasa macam nak jatuh jeh . Sepatutnya waktu untuk aku makan ubat sejam yang lalu . Tapi sampai sekarang aku tak sentuh lagi plastik ubat tuh . Huh . Malas oh nak makan ubat . Dah lah besar-besar pulak tuh -.- Kauorang mesti pelikkan aku nih asyik sakit jeh . Sebenarnya aku pun pelik jugak tapi bak kata Izzlin antibody aku lemah . Tak kisah lah pasal benda tuh .

Okay , sekarang nih dah cuti kan kan kan ? Aku nih cuti macam tak cuti jeh . Yelah , semua budak form 3 dengan form 5 ada tuisyen sampai hari Khamis nanti . Memang kalau nak balik kampung hari Jumaat tuh pun macam tak best lah kan . Sekolah pun nak bukak dah -.- Errrr . Tension , tension . Dah lah dengan homeworknya lagi . STOP . Aku rasa macam kelakar jeh . Aku nih asyik mengeluh jeh pasal nih . Dah bosan lah pulak . Kita cerita pasal benda lain ah .

Hmm , sejak kebelakangan nih aku asyik moody jeh . So , kalau aku marah kauorang ke tak senyum kat kauorang ke sombong dengan kauorang ke janganlah pelik atau tak puas hati eh ? Aku asyik dikelilingi masalah jeh sekarang nih . Semua sebab aku yang carik pasal dulu . Memang padan muka lah kan . Tadi masa tuisyen pun air mata aku tiba-tiba menitik . Mungkin sebab stress sangat tapi nasib baik tak ada orang perasan aku nangis :D Tapi jangan risau , aku akan tetap senyum dekat sesiapa pun walaupun senyum kambing atau senyum tak ikhlas :p

Aku rasa macam nak letak tajuk 3 dalam 1 tapi tangan nih berat sangat nak pergi dekat tempat title tuh == Aku nak letak tajuk tuh pun sebab tengoklah dekat atas tuh . Setiap perenggan cerita lain-lain . Heh . Tapi tak apa lah . Lupakan jeh niat untuk letak title tuh . Okay lah , aku rasa aku nak stop dekat sini . Lagi 2 atau 3 minggu nanti aku post balik . Tak pun kalau ada cerita jeh aku post . Kalau saja-saja tuh jangan harap lah -.- Bye , assalamualaikum :) Senyuman nih ikhlas tau ==
Aku









teringin










nak










makan




















Sesiapa yang baik hati ? :D

Usaha tangga kejayaan.

Hahaha . Poyo jeh aku punya title nih kan ? Wee , aku tak pergi sekolah . Kesian kauorang kena bangun awal . Jap , buat apa aku nak kesian . Aku sendiri pun kena bangun awal . Tapi kan aku boleh tidur balik . Yang paling superb nya aku tak payah pergi tuisyen . Hurrayyyyy . Okay , kauorang tak payah nak fikir negative . Aku tak datang sekolah bukan sebab ponteng tapi sebab aku sakit . Aku selsema , aku batuk , aku sakit tekak . Nasib baik demam dah oke . Aku harap lah penyakit aku nih baik sebelum hari Khamis nih . Aku nak main chessssss :( Dah lah pertandingan pulak tuh . Haih . Tapi tak apa aku tetap nak datang juga walaupun tengah nazak .

Aku bersyukur gila aku sakit doe . Yelaa , serius aku cakap . Sejak masuk form 3 nih , aku macam tak berehat kau tau tak ? Mestilah kau tak tau . Buat apa kau nak tau , betul tak ? == Nih pun pertama kali untuk tahun nih , aku tak datang sekolah . Okay , cukup . Semalam Puan Sri nak jumpa 65 budak form 3 yang ditargetkan untuk dapat straight A's . Lepas itu aku dengan terkial-kialnya pun pergi lah . Dah lah aku tak sihat masa tuh . Haih . Orang lain pulak semangat jeh . Haha . Yeke ? Entah lah . Aku main cakap jeh . Maaf kalau aku salah :)

Tak payah tanya aku apa yang dia cakap sebab aku tak ingat . Panjang sangat apa yang dia membebel tuh . Bila nak sampai ke penghujungnya tu tiba-tiba dia cakap yang dia mungkin akan buat tuisyen pada waktu malam pulak . Hari ahad , malam isnin pulak tuh . Hadoiiii . Dah lah perfect score pun macam pftttt jeh . Memang sumpah penat lah kan . Tapi tak apa , dia buat benda tuh untuk kebaikan pelajar form 3 SMK PP11(1) jugak . Yang bestnya tuisyen malam nih sebab dia buat waktu malam . Hahaha . Ayat pun dah keling dah . Haih . Then , dia cakap yang kalau keputusan kitaorang makin turun dia akan rotan . KItaorang semua mengeluh kot masa tuh == Memang tegas habis .

Sebab itulah aku bagi title 'Usaha tangga kejayaan' . Even masa UPSR pun tak macam nih oh . Cakap pasal UPSR , aku rindu pulak zaman sekolah rendah . Huh . Apa-apa pun best of luck untuk semua form 3 . Do your best , okay ? Semangat jeh aku cakap benda nih . PMR pun lambat lagi . Okaylah , aku nak stop dekat sini jeh . Aku nak pergi berehat . Kalau tak berehat nanti , makin teruk pulak penyakit aku nih . Lepas tuh , nanti tak dapat pergi main chess :O Tak dapat nak bayangkan betapa sedihnya aku nanti . K lah , bubye . Assalamualaikum .

Apa dah jadi dengan aku ?

Assalamualaikum . Hari ini sepatutnya aku tak ada masa untuk mengupdate blog cacat nih disebabkan pagi tadi ada perfect score sampai tengahari . Tengahari nih pula aku bercadang nak keluar dengan Fahmi tapi tak jadi . Lepas tuh , rancang nak keluar dengan kawan tapi tak jadi juga . Haha . Aku ada kesempatan untuk bergembira tapi aku tolak macam tuh jeh . Bukan apa , aku malas satu . Then , aku rasa macam membazir wang aku jeh . Baiklah aku simpan untuk bayar hutang aku , betul tak ? Alasan aku yang lain pula sebab aku memerlukan waktu untuk bersendirian .

Aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan nih perangai aku jadi lain macam . Nak kata berubah jadi baik , tak . Berubah jadi jahat pun tak . Tapi ganas tuh adalah . Kira jahat lah tuh kan ? Bodohnya aku == Aku sebenarnya malas nak cerita panjang-panjang . Sebab aku terasa macam aku cerita masalah aku dekat kauorang . Aku dah matang sikit dah sekarang . Aku dah tahu nak cerita masalah aku dekat siapa . Tapi tak ada seorang pun tahu aku cerita dekat siapa .

Kalau dulu aku banyak cerita masalah aku dekat kawan , Fahmi . Tapi sekarang nih aku malas nak berkongsi dengan sesiapa pun . Dan lagi satu , aku nak minta maaf dekat kawan-kawan aku kalau hari Jumaat semalam dan selama nih aku macam tak boleh nak kawal perangai aku sendiri . Aku jadi macam tuh ada sebab . Tapi aku akan cuba kawal perangai aku selagi mampu supaya kauorang tak kecil hati dengan aku . Kauorang mungkin nampak aku perangai macam baik lah kononnya kan . Tapi perangai sebenar aku memang tak macam aku dekat sekolah .

Aku bukan nak jadi plastic ke apa depan kauorang . Cuma , aku tak sampai hati nak buat jahat dekat kauorang . Kalau marah kauorang pun , aku simpan je dalam hati . Tak pun luahkan dekat kawan lain . Tapi aku sama sekali tak ada niat untuk mengutuk . Tapi kalau sekadar nak melepaskan geram tuh adalah :D Aku tahu yang aku tak akan faham perasaan kauorang tentang aku dan kauorang pun tak akan pernah faham apa perasaan aku terhadap kauorang ( tiba-tiba je ) . Apa-apa pun aku nak minta maaf dengan semua orang tak kira aku ada buat silap dengan dia ke tak . Aku tahu aku manusia biasa yang selalu buat dosa . Begitu juga dengan kauorang kan ? Tak ada siapa yang sempurna betul tak ? :) Siapa setuju angkat tangan ! Hee .

Tadi kata tak nak cerita panjang-panjang tapi tengok-tengok dah empat perenggan dia membebel sorang-sorang . Bengong punya ezzah -.- Okaylah , aku nak pergi tidur . Sumpah letih oh . Bubye .