Berhenti berharap .

Okay , tajuk nak gempak jeh -.- Menggelabah aku nih tak payah cakap lah kan . Hari ini aku tak pergi tuisyen :D Bapak best . Haha . Tadi pertama kali nama aku dipanggil . Kauorang ada ke ? Tak ada kan kan kan ? ( Sumpah gedik == , anak siapa lah nih ) Aku ingatkan tak ada siapa nak ambil aku , rupa-rupanya ayah aku dah sampai pejabat dah . Heh . Aku balik sebab satu badan aku menggigil , leher aku sakit , kepala aku pening . Kenapa ? Jangan tanya sebab apa aku jadi macam tuh , aku tak akan jawab . Orang yang dah tahu tuh , senyap-senyap je lah eh :D Dah lah aku tengah puasa masa tuh , datang-datang jeh ayah aku terus tanya dah makan belum . Lepas tuh , aku cakap lah aku puasa . Last sekali , ayah aku suruh berbuka jeh . Aku pun bertambah happy la kan . HAHAHA . Walaupun aku tahu aku kena ganti balik nanti . Hee .

Berbalik pada tajuk , kebelakangan nih aku asyik dengar yang orang nih dah berubah , orang tu dah berubah . Diaorang nih semua rapat jugak lah dengan aku . Sumpah sedih weh . Tambah-tambah lagi orang yang aku kenal tuh macam nak permainkan aku . Lepas dah minta kapel dengan aku , tak lama lepas tuh dia minta kapel dengan orang lain . Dalam hati aku macam wtf . Hahaha . Dalam hati jeh , mulut tak :p Memang tak sangka gila perangai dia macam tuh . Memang aku terkejut lah kan . Sebabkan benda tuh , sekarang nih aku dengan dia dah tak tegur langsung .

Pada masa yang sama aku tahu pasal orang atas , ada orang lain yang bagitahu aku pasal bestie aku sendiri . Yang nih aku tak nak cerita lah . Nanti tak pasal-pasal aku yang kena . Kesimpulannya , biarlah rahsia ye ;) Dekat budak kelas aku pun ada yang berubah tapi kauorang tak perlulah tahu nama dia dan nama budak-budak di atas nih :) Aku tahu aku pun dah berubah . Dan aku sedar sebab setiap kali mesej dengan seseorang tuh , aku asyik kena marah jeh . Salah aku jugak . Perangai dah lain gila . Aku tak tahu lah nak kata apa pasal dia . Nak kata dia berubah tak , nak kata dia tak berubah pun tak . Aku pun pening .

Dulu aku dengan dia rapat gila . Tapi sekarang , semuanya dah hancur :( Aku rindu zaman kitaorang dulu . Kalau boleh aku nak semuanya macam dulu . Tapi aku tahu , benda tuh tak akan pernah terjadi lagi . Sebab tuh la aku letak tajuk berhenti berharap . Dah lah , aku malas nak bersedih-sedih lagi . Aku ingat dia macam apa jeh , dia entah ingat aku ke tidak tuh . Okay lah , aku nak bla dulu . Bye , assalamualaikum .

Dapat pun .

Haha . Bak kata Hafsah , aku nih gila sebab tak pasal-pasal jeh aku gelak terutamanya masa Kemahiran Hidup . Dah aku suka gelak nak buat macam mana kan :D Tengoklah awal-awal post lagi dah gelak dah . Itu menandakan bahawa aku tengah dalam mood yang happy . Hari ini aku tak menangis ke apa masa kelas tambahan sebab ada Faizah yang sentiasa buat aku tergelak sampai aku nak berguling-guling dalam bilik multimedia tuh (okay , yang nih sumpah menipu ==) Hari nih semuanya okay , tak ada pun yang membuatkan aku rasa nak maki ke , nak campak orang ke apa .

Kelas tambahan tadi , aku belajar subjek Mathematic dan Bahasa Melayu . Math aku agak kepeningan sebab setiap kali aku buat jawapan dia mesti salah -.- Yang Bahasa Melayu pulak best jugaklah sebab sebelum start belajar , cikgu Salida mesti tunjuk video pasal kitaorang . Memang siapa yang ada dalam video tuh kena bahan lah kan . Heh . Nasib baik muka aku tak ada harini . Sebenarnyakan apa yang aku membebel nih semua tak ada kena mengena dengan tajuk tuh . So , daripada aku mengarut lagi baik aku terus cerita pasal tajuk di atas .

Dapat pun ? Apa yang dapatnya ? Haa , nih la yang aku nak cerita nih . Masa habis kelas tambahan tadi , Fahmi jumpa aku . Alang-alang tuh , aku minta dia belanja coklat sebab aku teringin gila nak makan coklat . Pujuk punya pujuk , last sekali dapat jugak . Dia nak belikan esok tapi aku tak nak . Aku cakap aku nak hari ini jugak . Lepas tuh , dia fikir-fikir dulu baru dia setuju . Haha . Jahatkan aku ? Nampak macam aku nih suka menghabiskan duit orang tak ? :p Aku tak berniat pun nak habiskan duit dia cuma sekarang nih aku tengah pokai . Ayah aku pulak tak nak ganti duit aku lagi . Haih .

Tapi jangan risau lah . Dia belanja aku coklat , bila-bila nanti kalau kitaorang keluar aku belanjalah dia wayang ke , belanja makan ke atau apa sajalah yang dia nak :D Bak kata Kak Sheril , 'buat baik dibalas baik' . Hee . Sekarang nih , tak nampak aku nak habiskan duit dia dah kan ? :p Itu jeh cerita dia sebenarnya . Haha (tak lawak pun ==) Okay lah , aku nak pergi main game pulak . Bosan . Bubye , assalamualaikum :)
Sorry ? Aku tak tahu nak bagi title apa untuk post nih :D Aku bosanlah . Kauorang bosan tak ? Heh . Aku dari banyak idea nak cerita jadi tak ada idea balik . Semuanya disebabkan lagu nih -.- Aku lah bengong kan ? Pergi pasang siapa suruh . Kan dah lupa semua benda . Haih . Kalau aku mengarut ke apa ke , kauorang tak kisah kan ? :) Nak cerita apa weh ? Sumpah tak ada idea . Arghhh , bantai sajalah .

Lalala , aku demam balik . Hee . Aku rasa dah hampir seminggu aku demam tapi hati aku tetap tabah untuk pergi ke sekolah . Semangatlah katakan . Sekarang nih pun kepala aku tengah terhuyung-hayang . Rasa macam nak jatuh jeh . Sepatutnya waktu untuk aku makan ubat sejam yang lalu . Tapi sampai sekarang aku tak sentuh lagi plastik ubat tuh . Huh . Malas oh nak makan ubat . Dah lah besar-besar pulak tuh -.- Kauorang mesti pelikkan aku nih asyik sakit jeh . Sebenarnya aku pun pelik jugak tapi bak kata Izzlin antibody aku lemah . Tak kisah lah pasal benda tuh .

Okay , sekarang nih dah cuti kan kan kan ? Aku nih cuti macam tak cuti jeh . Yelah , semua budak form 3 dengan form 5 ada tuisyen sampai hari Khamis nanti . Memang kalau nak balik kampung hari Jumaat tuh pun macam tak best lah kan . Sekolah pun nak bukak dah -.- Errrr . Tension , tension . Dah lah dengan homeworknya lagi . STOP . Aku rasa macam kelakar jeh . Aku nih asyik mengeluh jeh pasal nih . Dah bosan lah pulak . Kita cerita pasal benda lain ah .

Hmm , sejak kebelakangan nih aku asyik moody jeh . So , kalau aku marah kauorang ke tak senyum kat kauorang ke sombong dengan kauorang ke janganlah pelik atau tak puas hati eh ? Aku asyik dikelilingi masalah jeh sekarang nih . Semua sebab aku yang carik pasal dulu . Memang padan muka lah kan . Tadi masa tuisyen pun air mata aku tiba-tiba menitik . Mungkin sebab stress sangat tapi nasib baik tak ada orang perasan aku nangis :D Tapi jangan risau , aku akan tetap senyum dekat sesiapa pun walaupun senyum kambing atau senyum tak ikhlas :p

Aku rasa macam nak letak tajuk 3 dalam 1 tapi tangan nih berat sangat nak pergi dekat tempat title tuh == Aku nak letak tajuk tuh pun sebab tengoklah dekat atas tuh . Setiap perenggan cerita lain-lain . Heh . Tapi tak apa lah . Lupakan jeh niat untuk letak title tuh . Okay lah , aku rasa aku nak stop dekat sini . Lagi 2 atau 3 minggu nanti aku post balik . Tak pun kalau ada cerita jeh aku post . Kalau saja-saja tuh jangan harap lah -.- Bye , assalamualaikum :) Senyuman nih ikhlas tau ==
Aku









teringin










nak










makan




















Sesiapa yang baik hati ? :D