Sesat selama 2 jam.

Semalam aku , kakak aku dan kak sheril keluar . Kitaorang ikut kakak aku sebab dia nak beli baju . Lepas dah ambil kak sheril dekat office dia , kitaorang pun gerak KL . Memang jam dia tak boleh nak kata apa lah kan . Aku dengan tak laratnya sebab baru balik dari sekolah terus gerak pun tidur la dalam kereta . Sekali kakak aku tekan brek mengejut memang aku tak jadi nak tidur lah jawabnya kan . Haih . Masa perjalanan nak pergi KL tuh sesat kejap lepas tuh dah jumpa jalan . Tak sampai berapa minit dah sampai dekat BB . Aku cakap lah dekat kakak aku yang aku lapar . Then , kak sheril keluarkan duit kejap lepas itu makan dekat Subway . Aku macam biasa kalau lapar sangat memang makan banyak . Kak sheril dengan kakak aku bahan je aku . Terpaksa sabar .

Lepas dah makan kitaorang pun jalan-jalan lah . Sekali jumpa kedai yang jual baju RM10 . Masa pilih baju untuk kakak aku tuh , tak tahu lah kakak aku kesian ke apa dia pun belanja aku satu baju . HAHAHA . Sebab masa tuh kak sheril beli sekali , aku pulak duit bawak sikit memang habis lah kan . Then kedai yang bertentangan pun jual baju RM6 , RM8 , RM9 . HAHA . Kakak aku kan masyuk masa tuh . Dia pun apa lagi tak akan nak tengok jeh , mestilah pulun habis-habisan . Dekat kedai tuh pun dia belanja aku dengan kak sheril . HAHAHA . Baik gila kakak aku semalam . Masuk-masuk je kedai tuh nampak jaket yang comel . Kitaorang pun berpakat untuk membelinya . Jaket tuh mahal , so kena lah share-share duit . Kalau tak , memang tak akan belilah jawabnya . Hee . Masa tengah bayar datang pulak Mak Nyah ni . Kakak aku cakap nasib baik nak keluar daripada kedai tuh . Serius , aku tak tahan dengan orang macam ni oh . Menyampah aku -.-

Dah bershopping sakan , kitaorang pun balik . Daripada KL , pergi Putrajaya lepas tuh patah balik ke Shah Alam . Masa nak gerak Shah Alam tuh , aku cakap 'lepas ni dah tak ada eh pusing kanan , pusing kiri dah sebab adik dah pening dengarnya' . Kakak aku jawab apa tah . Aku tak dengar . Masa aku tak nak lah benda tuh yang terjadi == Pergi Shah Alam pun sebab nak pergi rumah mak cik aku semata-mata nak jumpa nenek aku . Then , tak tahu macam mana boleh tersalah jalan pula . Memang aku menyiraplah kan tunggu sampai 2 jam . U-turn sana , U-turn sini . Haih . Kak Sheril pun dah layu jeh masa tuh . HAHA . Bertolak pukul 7 sampainya pukul 9 lebih . Sumpah macam apa jeh . Then balik pukul 9.50 macam tuh . Lepas dah hantar kak sheril balik , aku dengan kakak aku ambil adik aku . Sampai rumah pun pukul 11 lebih . Aku dengan tak laratnya terus tidur . Memang penat habis lah . Kakak aku lagilah penat , dah dia yang bawak kereta . Kesian dia . Itu je lah cerita dia . THE END :)

Annoying Day Ever !

Okay , aku dapat title nih daripada mulut Maheran . Aku tak tahu asal hari ini memang semua orang moody semacam jeh . Pagi-pagi lagi budak kelas aku gaduh sebabkan perkara-perkara yang aku tak nak cakap dekat sini . Benda tuh pun ada melibatkan nama aku tapi aku cuba untuk tidak marah dan buat muka kononnya happy lah kan . Hari ini memang banyak gila benda yang tak diingini berlaku dan ada perempuan kelas aku menangis dan ada juga yang tak membantu langsung seperti menyakitkan lagi hati orang tengah tension tuh . Aku tak boleh oh tengok orang menangis sebab nanti aku rasa macam bersalah pula . Pelik kan ? Tapi lantak je lah . Masa diaorang semua sembahyang , aku duduk dekat bilik muzik sebab malas nak pergi tazkirah . Masa tuh , ada pula nikon milik hazwani . Aku dengan izzlin pun apa lagi , jadi batak lah sekejap kan :D

Petang tuh pula lepas dah habis makan apa semua , aku , izzlin , faizah , hazwani dan syamimi pergi tengok bola . Memang hebat lah kan budak sekolah aku :D Aku sebenarnya tak minat nak tengok bola . HAHA . Tapi aku pergi juga tengok semata-mata nak sokong seorang budak ni . Tahu-tahu je lah siapa kan . Baru jeh tengok dua kali dan aku dah rasa minat pula tengok orang main bola . Sebelum ni aku rasa bosan jeh benda tuh . Heh . Then , bala pun datang . Tak sempat nak tengok sampai habis . Haishh , kacau line betul . Aku dengan izzlin semua gerak ke kelas nak bergotong-royong tapi aku sikit pun tak tolong . HAHA . Kejam kan ? Aku tahu . Aku malas lah nak bersihkan kelas . Bertugas sapu sampah tu pun kadang-kadang jeh aku buat . Tapi aku ada lah juga tolong diaorang buat huruf apa tah untuk buat ayat . Dah 5.20 tuh aku balik .

Faizah pun ikut aku balik sekali sebab nak buat kerja kayu . Aku punya kerja kayu memang hancus lah kan . Dah malam sikit tuh , aku call dia ingatkan boleh bagi aku happy tapi hmm . Lagi teruk jadinya . Then , family aku pula buat hal . Aku memang suka ada semua masalah serentak nih . Masalah memang suka cari aku doe . Haih . Kesimpulan dia , sabar je lah dengan semua nih . Aku akan cuba senyum dan ketawa setakat yang aku mampu . Okay lah , tak tahu nak cakap apa dah . Goodluck untuk semua yang main bola :) Terutamanya dia <3 . Hee . Gatal tiba-tiba -.-

Lalala.

Aku tak tahu asal hari ini aku rasa panas semacam . Kipas aku dah putarkan jadi 5 tapi hasilnya macam bukak 3 -.- Dah lah dekat sekolah pun panas , dekat rumah pun nak panas kah ? Err . Ingatkan tadi nak gerak Klang sebab ada hal something dengan orang yang berkenaan tetapi malangnya Allah tak mengizinkan kitaorang berjumpa . So , benda tuh ditundakan ke hari esok . Esok pula aku fikir nak keluar dengan kak Sheril tapi nasib tak menyebelahi kitaorang == Selalu kot jadi macam nih . Bila dah plan jeh , mesti ada sesuatu yang menyibuk . Haih . Sabar sajalah aku . Sori akak ? :(

Aku rasa minggu nih aku tak ada rest langsung . Sebabnya , Isnin sampai Jumaat sekolah macam biasa . Sabtu ada perfect score , petang tuh pula nak gerak Klang . Hari Ahad pula aku , Faizah , Izzlin dan Ainaa nak pergi library mana entah untuk buat study group belajar subjek sejarah . Ketatkan jadual aku ? == Tadi adik aku yang Hazim tuh tanya aku form 4 ke ? HAHA . Bodoh , kakak sendiri pun tak tahu form berapa . Then , aku cakap lah Form 3 . Lepas tuh , dia senyap kejap then dia cakap patut lah tak makin tinggi . Wooooo :0 Makin panas jeh aku dengar -.- Siot betul budak tuh .

Masa dah balik sekolah tadi aku tanya kakak aku , dia pergi mana sebab dia pakai baju jalan . Aku pelik lah . Lepas tuh dia cakap dia pergi shah alam dengan kawan dia . Siap tunjuk jam mickey mouse dia yang baru tuh lagi -.- Sumpah aku jeles gilaaaaaaa . Aku nak ada lesen jugak :( Aku pun nak keluar jauh-jauh . Aku nak gerak KL pun tak lepas sekarang nih . Malang betul nasib aku . Aku nak habis sekolah cepat-cepat . Tak apa lah , tinggal lagi dua tahun jeh . Dah habis sekolah nanti , confirm aku akan post pasal aku rindu sekolah . Baik aku menikmati dulu keadaan aku sekarang nih . Bak kata izzlin 'senyum , nanti masalah akan hilang' Lebih kurang macam tuh lah dia cakap . Hee .

Masa dekat bengkel kayu , macam-macam hal jadi . Budak K.T , P.K dan E.R.T masuk dalam satu bengkel sebab semuanya nak buat projek kayu . Tapi tak semualah yang masuk ada yang pergi ke bengkel paip . Kira macam tiga-tiga bengkel tuh kitaorang kongkong . Aku dah tension dah sebab semuanya bising . Then , budak K.T gaduh dengan budak E.R.T lah . HAHAHA . Sumpah , aku rasa lawak . Memanglah aku nih budak K.T , tapi aku tak masuk campur eh kalau bab-bab gaduh nih :D Aku buat kerja sendiri jeh . Tak peduli pun apa yang berlaku . Heh . Lepas tuh , bila aku nak pergi potong kayu jeh , perut aku pula buat hal -.- Memang superb la kan , kena gestrik tak kena tempat . Akhirnya , tak jadi pun potong . Aku nak potong minggu depan . Rasa seram lah pula nak guna mesin tuh ==

Malam nih kakak aku nak belanja makan . Hurrayyyyyy , kakak aku baik gilaaa :D Mungkin aku akan ada mood malam nanti :p Okay lah , bahu aku dah sakit gila . Sampai ke tangan rasa . Ye , badan aku nih memang tak boleh nak sihat selalu . Menyusahkan jeh . Haih . Bubye , Assalamualaikum .