Khas untuk Faizah dan Izzlin.

Salam , dah lama kan aku tak post . Hari ini aku tiba-tiba rajin pula untuk mengupdate blog setelah sekian lamanya aku menghiraukan . Yela , masalah aku dari dulu sampai sekarang tak habis-habis lagi -.- Enough , aku tengah happy sekarang nih . So , kita tak perlu lagi nak fikir pasal masalah . Yang dah lepas tuh lepas , tak perlu nak fikir kan lagi . Buat semak je dalam kepala otak nih . Bak kata kakak aku , don't ever look back again . Orite , mari kita mulakan dengan Al-Fatihah . HAHA (okay , tak lawak pun -.-)

Cukuplah kan intro tuh jeh :D Tadi pagi sekolah aku ada buat Sambutan Hari Guru . Ada part yang best dan ada part yang membuatkan aku rasa nak tidur . Aku terfikir nak letak gambar yang Izzlin ambil , tapi gambar semua ada dekat kamera dia lagi . Then , petang tuh pula aku , Faizah dan Izzlin pergi alam . Lama dah tak keluar :) Rancang nak tengok wayang tapi tak sempat . So , kitaorang pun pergilah makan sebab Izzlin lapar .

Lepas itu, kitaorang pun pergi karaoke . Memang bising lah kan . Dah lama kot aku tak jejak kaki ke tempat tuh . Kali terakhir aku pergi rasanya tahun lepas . Hee . Lama gila kan ? Lepas dah karaoke , kitaorang pergi Al-Ikhsan usya kasut sukan :D Then , baru pergi sembahyang . Enjoy , enjoy jugak . Ibadat tak lupa . HAHA . Sumpah kerek gila :D Lepas itu , pergi MPH . Beli buku latihan BM Izzlin .

Dalam pukul 6.20 macam tuh pergi McD kejap beli ais krim . Aku yang ajak diaorang beli aiskrim padahal masa tuh tekak aku tengah sakit . HAHA . Aku tak nak bagitau sebab nanti aku tahu Izzlin tak akan bagi aku beli :D Aku pun senyap jeh . Makan punya makan , akhirnya tekak aku sakit gila . Tak habis aku makan ais krim tuh . Selalunya habis . Mati aku kalau Izzlin baca nih :D Lepas itu kalau aku ada depan dia , dia mesti suruh aku tengok muka dia . HAHAHA :D Maaf Izzlin syg :p

Aku letak tajuk tuh sebab diaorang dah buat aku lupakan segala masalah aku . Dan aku betul-betul gembira . Baru sekarang aku dapat menikmati keseronokan bila dengan kawan . Thanks kauorang :D Tu jeh la aku nak cerita . Nanti kalau Izzlin dah masukkan gambar dalam fb , aku letak dekat blog , okay ? ;) K lah . Bubye :D