PMR, PMR, PMR -.-

Tarik nafas jap. Hembus. Okay dah. Trial nak dekat dah. Aku pulak belum ready lagi. Cikgu Asmarieda dah target aku. Dia suruh aku tengok balik bahagian mana yang aku lemah. Aku bukan apa. Geo dengan sej nih kena baca. Aku cepat bosan sikit kalau bab-bab nih -.- Itu yang c je memanjang. Lepas tuh, boleh dikirakan semua cikgu kecuali cikgu math dengan cikgu bi aku semua pelik dengan aku. Masa ujian bulanan 1 elok-elok dapat a tiba-tiba dapat b. Then, sebelum amik slip periksa tuh aku dah cakap dekat ayah aku yang aku minta maaf sebab aku dapat 2a dan 1c. Aku pikir dia nak membebel tapi dia geleng kepala jeh. HAHA. Susah dapat anak macam nih. Asyik nak berfacebook je kerja aku.

Ye, aku tak boleh nak on dah sekarang. Semuanya sebab result aku menurun -.- Aku on nih pun sebab bagi alasan nak buat kerja. Tapi aku tak tipu eh? Jangan pikir bukan-bukan. Folio geo nih dari dulu tak siap lagi. Bila nak siap pun aku tak tahu. Trial bulan 8 laaaa. Tak bestnyaaaaaaa -.- Semua macam kelam kabut doe sekarang nih. Maybe sebab banyak sangat aktiviti yang sekolah dah buat sampai belajar pun tak boleh. Kalau tak nak amik bahagian kena marah macam kem muzik tuh. Wajib lah apalah. Lepas tuh result turun salahkan budak. Hish. Dah lah aku tak tahu nak membebel apa lagi.

Untuk manusia yang rapat dengan aku :

Fahmi : Maaf sebab selalu marah fahmi.
Izzlin, Faizah dan budak kelas aku : Sorry, kalau perangai aku annoying atau seumpamanya selama nih. Aku pun tak tahu apa nak jadi dengan aku nih. Aku akan cuba untuk layan korang sebaiknya.
Kak Sheril : Mira rindukan akak tapi mira dah janji dengan ablg sesuatu. Mira minta maaf :(

Dan untuk budak PMR tahun nih goodluck untuk trial. Do the best! :D